sultanmuzaffare-mail ie-mail iie-mail iiikuala lumpur 1 April 1974 7:44 pagi hospital seremban writing surfing watching reviewing dreaming thinking
|
 |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004Arena Of Stars, Genting Highland Masalah audio ! Masalah teknikal ! Baca skrip ! Over run ! Tidak cukup masa ! Ucapan pemenang terkejar-kejar ! Berhenti iklan sesuka hati ! Sumbang ! Minus one ! Kurang seri ketiadaan Siti Nurhaliza ! Pemenang lewat ambil anugerah ! Keputusan yang senang diramal ! Rekaan set merah dan putih ! Pembawa anugerah tidak bersedia ! Penyampai yang tidak serasi ! Penyampai dari kalangan pembaca akhbar yang kaku ! Asyik aku saja kena komen kaku dalam TV, aku pun nak komen orang lain kaku juga. :) Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)Sebuah persembahan pembukaan yang bertenaga dari KRU dan Adam. Penampilan yang menarik dari Norman, Yusry, Edry dan Adam. Persembahan bertenaga itu sepatutnya menjadi pemangkin pada malam tersebut tidak menjadi kenyataan. Pengacara : Ogy Ahmad Daud & Salih Yakub Gandingan yang kurang serinya. Jenaka over-acting Ogy sudah boleh dijangka. Penampilan bersahaja Salih Yakub sudah seakan basi. Jenaka Bahasa Inggeris brokennya ternyata memualkan. Itu bukan untuk dibanggakan. Penyampai : Fahrin & Normala Shamsudin A. PENGACARA TV LELAKI POPULAR1. Aznil Nawawi 2. Azwan Ali 3. Hani Mohsin 4. Wahid 5. Zainal Ariffin Ismail Ramalan SM: Aznil Nawawi Keputusan : Aznil NawawiB. PENGACARA TV WANITA POPULAR 1. Cheryl Samad 2. Norzie Pak Wan Chek 3. Maria Tunku Sabri 4. Raja Azura 5. Zakiah Anas Ramalan SM: Raja Azura Keputusan : Raja AzuraPenyampai : Ning Baizura, Siti Sarah & Rafila C. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 1. Andy Hakim 2. Halim Othman 3. Ismahalil Hamzah 4. Khairil Rashid 5. Kiran Ramalan SM: Halim Othman Keputusan : Halim OthmanD. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR 1. Abby Fana 2. Farah Fauzana 3. Linda Onn 4. Nana AF1 5. Nila Kurnia Ramalan SM: Linda Onn Keputusan : Linda OnnPenyampai : Dia Fadila, Liza Hanim & Anafida O. ARTIS BERKUMPULAN / DUO POPULAR 1. Exists 2. Flop Poppy 3. KRU 4. Ruffedge 5. Spider Ramalan SM: Spider Keputusan : SpiderCilok (Awie, Afdlin Shauki, AC Mizal & Hans Issac)Saya suka dengan persembahan ini. Lagunya juga menarik dan catchy. Konsep Jepun yang dibawakan oleh Afdlin juga menarik. Rupa-rupanya Hans Issac juga boleh menyanyi dengan baik. Showmanship Afdlin, Awie, AC Mizal dan Hans Issac mampu mencuit hati penonton. Penyampai : Ashraff Sinclair, Nor Fazura & Najmi L. PENYANYI NASYID POPULAR 1. Hijjaz 2. In-Team 3. Mirwana 4. Rabbani 5. Raihan Ramalan SM: Rabbani Keputusan : RabbaniGemilang (Hazami & Jaclyn Victor)Gandingan mereka kena pada tempatnya kerana masing-masing merupakan jaguh dalam bidang vokal. Lontaran vokal Hazami kena pada lagu tersebut. Setelah muncul Jaclyn Victor membawakan rangkap seterusnya, vokal Hazami kedengaran tenggelam dan tidak mampu menyaingi kehebatan vokal Malaysian Idol, Jaclyn Victor. Penyampai : Zulhuzaimy & Nasha Aziz E. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR 1. Afdlin Shauki 2. Azlee 3. Lan Pet Pet 4. Saiful Apek 5. Yassin Ramalan SM: Saiful Apek Keputusan : Saiful ApekF. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR 1. Adibah Noor 2. Kartina Aziz 3. Norlia Ghani 4. Rosnah Mat Aris 5. Sheila Rusly Ramalan SM: Adibah Noor Keputusan : Sheila RuslySaya menyangkakan populariti Adibah Noor sebagai seorang pelakon iklan teaser di TV3 mampu menyaingi kehebatan Sheila Rusly. Penampilan Adibah Noor dalam Sepet juga sewajarnya diambilkira. Namun demikian, keletah Sheila Rusly lebih disukai oleh peminat. Penyampai : Anita Sarawak & Mahathir Abdullah G. ARTIS BARU LELAKI POPULAR 1. Adi Fashla 2. Ashraff Daniel Sinclair 3. Jehan Miskin 4. Khai 5. Vince Ramalan SM: Vince Keputusan : VinceH. ARTIS BARU WANITA POPULAR 1. Bienda 2. Dia Fadila 3. Fasha Sandha 4. Nana AF1 5. Jaclyn Victor Ramalan SM: Jaclyn Victor Keputusan : Jaclyn VictorDayang Sayang Kamu (Dayang Nurfaizah)Sebuah persembahan yang membosankan. Barisan pemuzik live yang berada di belakang berehat kerana memberikan laluan kepada Dayang untuk membuat persembahan secara minus one. Persembahan vokal Dayang sememangnya mantap tetapi apabila menggunakan minus one, persembahannya nampak murah dan tidak bernilai. Apabila sudah menjadi Idola, maka Nur Amelina yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM (17A) telah diberi peluang untuk memperkenalkan persembahan seterusnya. Berkonsepkan tragedi tsunami yang melanda dunia, Amelina telah mengingatkan kepada penonton untuk sama-sama menghayati lagu tersebut. Kau Yang Satu (Raihan & Ramli Sarip)Sebuah persembahan yang biasa tetapi berjaya dari sudut emosinya. Lontaran vokal Ramli Sarip nyata tiada tandingan dan keharmonian vokal Raihan menjadi pelengkap kepada lagu tersebut. Penyampai : Noreen Noor & Sheila Rusly P. PELAKON TV/VCD LELAKI POPULAR 1. Ako Mustapha 2. Jalaluddin Hassan 3. Saiful Apek 4. Rosyam Nor 5. Zamarul Hisham Ramalan SM: Rosyam Noor Keputusan : Rosyam NoorQ. PELAKON TV/VCD WANITA POPULAR 1. Abby Abadi 2. Eja 3. Hetty Sarlene 4. Nasha Aziz 5. Umie Aida Ramalan SM: Abby Abadi Keputusan : EjaKeputusan ini tidaklah mengejutkan saya. Nampaknya populariti Gerak Khas yang selama ini dimonopoli oleh Abby Abadi telah pun menurun. Peminat telah mula menilai kualiti dan mengiktiraf kerja Eja sebagai yang diminati oleh mereka. Populariti Samarinda sememangnya besar dan tidak wajar dinafikan. Penyampai : Kieran, Nila Kurnia & Pembaca akhbar I. ARTIS BUKAN MELAYU POPULAR 1. Angeline Tan 2. Hans Isaac 3. Jaclyn Victor 4. Seelan Paul 5. Vince Ramalan SM: Vince Keputusan : VincePenyampai : Nurul & Ajai M. PENYANYI LELAKI POPULAR 1. Fazley 2. Nassier Wahab 3. Reshmonu 4. Vince 5. Yusry KRU Ramalan SM: Yusry KRU Keputusan : Yusry KRUN. PENYANYI WANITA POPULAR 1. Ning Baizura 2. Misha Omar 3. Siti Nurhaliza 4. Waheeda 5. Ziana Zain Ramalan SM: Siti Nurhaliza Keputusan : Siti NurhalizaHey Walley (Rehmonu)Persembahan Reshmonu menjadi persembahan paling buruk kerana masalah audio yang tidak boleh dimaafkan. Bukan salah Reshmonu. Alat pembesar suara yang rosak dipertengahan lagu membuatkan Reshmonu terus membuat persembahan. Sesekali kelihatan beliau seakan tidak berpuas hati dengan persembahan sendiri. Sebagai seorang yang professional, beliau tetap meneruskan persembahannya. Penyampai : David Teoh dan Ziana Zain J. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR 1. Farid Kamil 2. Hans Isaac 3. Rosyam Nor 4. Saiful Apek 5. Yusry KRU Ramalan SM: Rosyam Noor Keputusan : Rosyam NoorK. PELAKON FILEM WANITA POPULAR 1. Erra Fazira 2. Nasha Aziz 3. Nisdawati 4. Maya Karin 5. Tiara Jacquelina Ramalan SM: Erra Fazira Keputusan : Erra FaziraAnugerah Biduanita Veteran – Uji RashidAnugerah Seniman Veteran – Senator Datuk Jins ShamsudinMedley Uji Rashid – Misha OmarKetiadaan Siti Nurhaliza sekali lagi mencacatkan persembahan pengiktirafan ini. Jika tahun lepas, Datuk Sharifah Aini menggagalkan persembahan Tiga Diva, tahun ini Misha Omar mengambil alih mahkota tersebut dari Datuk Sharifah Aini. Nyanyian beliau yang jelas sumbang nyata tidak memberikan unsur kekaguman langsung. Getaran vokalnya jelas tersekat-sekat dan terketar-ketar. Kelihatan Uji Rashid menekup muka kesedihan. Mungkin kerana sedih melihat lagunya dirosakkan sedemikian rupa. Jika dahulu beliau pernah kecewa apabila lagu nyanyiannya diR&Bkan oleh Syafinaz. Kini beliau melihat di hadapannya Misha Omar merosakkan lagu-lagunya. Persembahan Misha dipotong dengan siaran iklan yang berhenti secara tiba-tiba. Sebelum terlupa, susunan lagu tersebut dibuat oleh Ramli MS. Lagu-lagu lama nyanyian Uji Rashid kedengaran agak segar. Susunan muziknya bukan nyanyiannya. Anugerah Khas – Datuk Yusof HaslamSebuah anugerah penuh jenaka. Penghargaan ini perlu dinilai dari suduh kuantiti dan bukannya kualiti. Masalah teknikal seakan-akan tidak merestui anugerah tersebut diberikan kepada Datuk Yusof Haslam. Sebagai insan yang telah menaikkan tahap kesedaran penonton terhadap filem Melayu, ia sewajarnya diberikan penghargaan. Anugerah Bintang Paling Popular – Siti Nurhaliza (150,885 undi) Kemenangan beliau sudah dijangka. Popularitinya semakin memuncak. Beliau khabarnya diberi peluang kali kedua untuk diundang ke Royal Albert Hall London. Saya mencadangkan agar beliau membawa pakej tradisional Melayu ke sana untuk persembahan akan datang. Gerhana & Hati Emas (Reunion Kembara)Persembahan finale ini saya hanya tonton sekejap sahaja. Lagipun tontonan saya diganggu dengan kredit yang mula muncul untuk menamatkan acara siaran langsung tersebut. Adalah lebih baik saya mencapai komputer untuk menulis ulasan tentangnya. Komen SM: Tahniah untuk para pemenang. Anda sememangnya layak untuk memenangi anugerah tersebut. Sekalung penghargaan istimewa buat Vince yang menjadi idola peminat hiburan tempatan dan menggondol dua anugerah. Tahniah buat Halim Othman (HO Live semalam recording ya...) Tahniah juga untuk semua calon yang bertanding. Untuk menjadi popular kita seharusnya menjadi yang terbaik, itu kata Siti Nurhaliza, bukan saya yang kata. Mari kita sama-sama memperbaiki apa yang kurang untuk memberikan saingan yang sengit untuk pemenang tahun ini. Tahniah buat Ramli MS kerana berjaya menghasilkan susunan lagu yang baik untuk lagu Medley Uji Rashid. Tahniah juga buat Siti Nurhaliza kerana kembali merampas gelaran Bintang Popular dan mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular untuk kali yang entah ke berapa. (Banyak kali sangat !) Rating : 1/5Ulasan LainMat JanBuku Nota
Posted at 12:50 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 2005
Fame : Sampai bila kegemilangan ini akan berterusan ? Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 2005Stadium Putra Bukit Jalil Foto Album Rehearsal KonsertSaya harus memilih antara keluar bersama sahabat saya ke Pelabuhan Klang atau menonton Konsert Kemuncak Akademi Fantasia di Bukit Jalil. Setelah sejam berfikir, saya memilih untuk makan ketam bersama Badrul, Dream, Chail dan Leen. Tidak banyak yang saya rugi apabila tidak menonton Konsert tersebut secara langsung di Bukit Jalil. Lebih-lebih lagi setelah menonton mereka sewaktu raptai penuh sehari sebelum acara tersebut. Apa yang boleh saya katakana apabila menonton di siaran televisyen ialah konsert ini seperti dirancang dalam jangka waktu yang cukup singkat. Menonton konsert ini sama seperti menonton Dari Studio Satu dalam lokasi yang lebih besar serta penonton yang lebih ramai. Pergerakan kamera juga tidak begitu besar iaitu hanya sekitar penonton di hadapan pentas, mungkin kerana ingin menyorokkan stadium yang tidak penuh. Pergerakan kamera banyak diganggu oleh placard yang dibawa oleh penonton sekaligus menghilangkan mood tontonan. Shot dekat hanya dilakukan pada beberapa bintang dan tidak begitu menyeluruh. Mengambil shot dari celah-celah penonton seperti Dari Studio Satu juga seakan merimaskan dengan halangan placard yang menutup kamera. Tatacahaya juga agak suram dan tidak dibuat dengan teliti. Follow spot tidak mengenai muka bintang yang membuat persembahan lalu apa yang dipersembahkan tidak jelas dan dibuat dalam keadaan gelap. Beberapa ketika berlaku gangguan menyebabkan siaran tergendala sebentar. Gangguan audio mencacatkan lagi persembahan tersebut. Fame : Bukan sekadar koreografi, tetapi nyanyian harus diberikan keutamaan. Sewaktu sesi raptai penuh, saya berpeluang untuk bertukar-tukar tempat duduk. Dari hadapan pentas, saya bergerak ke kanan pentas. Terdapat perbezaan dari lantunan audio yang tidak seimbang. Talaan audio banyak tertumpu pada penonton di bahagian hadapan pentas dan tidak mengena pada bahagian kiri dan kanan pentas. Masalah yang sama berlaku sewaktu Anugerah Juara Lagu dan Konsert Kemuncak Akademi Fantasia II. Ia adalah disebabkan oleh sistem pembesar suara dan akustik stadium itu sendiri. Konsert Kemuncak Akademi Fantasia sekiranya ada yang kedua, ianya harus dilakukan di negeri Sabah atau Sarawak. Dalam jangka waktu yang panjang setelah mereka keluar dari Akademi, maka kehangatan untuk menonton persembahan mereka tentunya sudah luntur. Tidak seperti sewaktu mereka baru sahaja keluar dari Akademi. Peminat yang berada di sekitar Kuala Lumpur punya lebih banyak peluang untuk menonton persembahan mereka secara dekat. Selain ke konsert, mereka berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti fanclub serta promosi-promosi mereka di pusat membeli-belah. Maka, cadangan mengadakannya di luar Kuala Lumpur adalah lebih sesuai dan kehangatan dan peluang mereka untuk menemui bintang Akademi Fantasia lebih ada. Sekiranya dinilai dari sudut logistic tentunya ia akan melibatkan kos yang agak tinggi kerana peralatan harus diterbangkan ke Sabah atau Sarawak. Tetapi kemeriahan itu semakin bertambah. Mampukah Juara Akademi Fantasia Malaysia menyaingi bintang Indonesia dan Thailand ? Tiada kelainan yang cuba ditonjolkan oleh bintang Akademi Fantasia selain mempertaruhkan lagu masing-masing untuk konsert kali ini. Kelainan yang nyata tentunya penyertaan dari bintang Akademi Fantasia versi Indonesia dan Thailand. Yang nyata, kehebatan vokal mereka berjaya menandingi keupayaan vokal bintang dari Malaysia. Penampilan mereka persis bintang ternama dengan tahap keyakinan yang begitu tinggi sekaligus menaikkan pesona bintang mereka di mata masyarakat. Nyanyian bintang Akademi Fantasia Malaysia tidak banyak berubah kecuali pada lagu Tangisan Dalam Kerinduan (Farah), Haruskah (Adam) dan Benarkah Dia (Khai). Perubahan minima pada susunan lagu Tangisan Dalam Kerinduan serta olahan vokal Farah mencantikkan lagi lagu tersebut. Adam berbangga dengan tahap keyakinan beliau dan Khai menampilkan showmanship yang menarik dan bertenaga. Kelemahan ketara pada persembahan Anding dan Edlin ialah kurangnya keserasian sewaktu mereka mendendangkan lagu Ceria Bersamamu. Pasangan yang kononnya bercinta tidak dizahirkan di atas pentas sewaktu membawakan lagu tersebut. Persembahan jadi kosong dan tidak bermaya. Ini amat berbeza sewaktu persembahan Sutha dan Cindy membawakan lagu Begitulah Cinta. Mereka menampilkan sebuah persembahan vokal yang berjaya serta keserasian yang besar sekali dalam melahirkan suasana romantis sewaktu membawakan lagu tersebut. Ini antara perbezaan serta kelebihan bintang Indonesia yang harus dipelajari oleh bintang Akademi Fantasia Malaysia. Kelebihan utama bintang AF Malaysia ialah koreografi yang menarik terutamanya sewaktu lagu finale iaitu Fame. Showmanship Anding, Kaer, Fitri dan Sahri harus dipuji. Mereka kekuatan utama gerak tari lagu tersebut. Nyanyian beramai-ramai tidak ubah seperti sebuah persembahan koir yang tiada variasi dalam mewarnakan lagu tersebut. Vokal mereka jelas monotonous. Sama sahaja. Pada beberapa bahagian, ada yang tidak sampai key. Masalah ini nyata ketara pada lagu Rahasia Perempuan dan Pria Terhebat. Berbeza pada kumpulan bintang Akademi Fantasia wanita yang lebih menyerlah tetapi belum cukup cemerlang. Ada variasi dari segi range vokal mereka dan dipersembahkan dalam lagu Bilang Saja dan Cinta Pura-Pura. Bintang Akademi Fantasia Thailand mencuri perhatian Antara aspek lain yang harus dipelajari oleh bintang AF Malaysia ialah keyakinan dan star value yang ditampilkan oleh bintang Indonesia dan Thailand. Gaya diva pada Jeen, Cindy dan Tria tidak ada pada Linda, Edlin dan Farah. Mereka tidak berjalan dengan penuh yakin. Gaya jalan mereka seperti rakyat biasa dan bukannya jalan seorang bintang. Perkara yang sama telah ditegur oleh Freddie Fernandez pada malam raptai penuh tetapi tidak dipraktikkan dengan baik oleh mereka. Persembahan Kaer ada kelainan dari sudut pakej penari yang melengkapkan persembahannya. Idea yang ditampilkan agak menarik. Persembahan vokal masih ditakuk lama. Juara AFI musim pertama iaitu Veri Affandi juga tidak begitu menyerlah dengan lagu Selayang Pandang. Persembahannya seakan tiada energy. Ia tidak membawa ke mana-mana. Berbeza dengan Vit iaitu Juara AFT musim pertama dengan lagu It’s Gonna Be Me, persembahannya bertenaga dengan gerak tari yang tajam serta menarik. Sayangnya tidak mampu menarik perhatian penonton dengan mencipta unsure kekaguman yang lebih untuk menyerlahkan lagi persembahannya. Pada bahagian penghujung persembahannya, beliau kelihatan termengah-mengah kerana penat. Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan lagu Fame. Saya mengharapkan mereka membawakan lagu tema Menuju Puncak dalam pelbagai versi iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Menutup persembahan dengan lagu Menuju Puncak lebih membawa makna yang lebih besar kepada penonton. Lagu temanya juga tidak banyak berbeza dari segi lagu dan liriknya. Berkenaan Akademi Fantasia Thailand tidak pula saya ketahui. Menampilkan lagu yang sama, setidak-tidaknya kita dapat melihat gerak tari untuk lagu tersebut dari tiga rancangan realiti tv yang berbeza. Namun demikian, Fame berjaya dari sudut koreografinya. Saya menyukai koreografi lagu tersebut. Nampak sharp dan baik sekali. Nyanyian solo oleh Rosma, Sahri, Farah, Kaer dan Zahid juga agak menarik. Turut membantu ialah bintang Akademi Fantasi Indosiar dan Thailand. Rating : 2/5Ke mana hilangnya tonggak penting Akademi Fantasia setelah selesai raptai ? Repertoire Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 2005Malam Kenangan (Bintang Akademi Fantasia) Medley Malam Pesta Muda Mudi & Kwek Mambo (Pasangan Akademi Fantasia) Kembali Bersama (Kaer) Aku Cinta Kamu (Linda) Cinta Seorang Teman (Bob) Selayang Pandang (Veri Affandi) Pria Terhebat & Rahasia Perempuan (Bintang Akademi Fantasia dan AFI Lelaki) Medley Menghitung Hari (Tria AFI) Benarkah Dia (Khai) Tangisan Dalam Kerinduan (Farah) Ceria Bersamamu (Anding & Edlin) Bilang Saja & Cinta Pura-Pura (Bintang Akademi Fantasia dan AFI Perempuan) Habis Sudah Umpanku (Azizi) Yeen Yan (Aof & Jeen AFT) It’s Gonna Be Me (Vit AFT) Haruskah (Adam) Milikku (Zahid) Begitulah Cinta (Sutha & Cindy) Nag La Fun (Aof, Jeen & Vit AFT) Menggapai Bintang (Bintang Akademi Fantasia) Fame (Bintang Akademi Fantasia, Akademi Indosiar & Akademi Fantasi Thailand)
Posted at 12:50 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Ulasan Album Wo!!! Zahid Juara Akademi Fantasia II
Ulasan Album Wo!!! Zahid Juara Akademi Fantasia IIRating 3.7/5 bintang Memang sukar untuk meletakkan sasaran pendengar untuk penyanyi yang begitu versatil di dalam Akademi Fantasia seperti Zahid. Beliau telah pun diuji dengan pelbagai genre lagu dalam Akademi Fantasia dan kini masanya untuk beliau sekali lagi diuji oleh pendengar dengan sebuah album yang lengkap untuk para peminatnya. Jika kebanyakan dari ulasan yang saya baca menyukai album ini. Saya agak kurang menyukainya. Saya kira ia sebuah album yang memerlukan masa untuk saya menyukainya. Beberapa kali saya ulang dengar lagu-lagu dalam album ini. Konsep AlbumSaya akui ini antara album yang baik dihasilkan untuk bintang realiti tv seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Pada pandangan saya, album Vince jauh lebih hebat dari album ini. Namun demikian, sememangnya ada pelbagai genre lagu dalam album ini. Ia boleh dikatakan satu pembaharuan besar dalam kepelbagaian irama dalam satu-satu album. Oleh itu, Wo!!! boleh dianggap sebuah album pop yang berkualiti. Kebanyakan lagu dalam album ini terlalu computerized sehingga menenggelamkan mutu sebenar vokal Zahid. Dari segi perkembangan teknologi untuk muzik tentunya bagus, tetapi perkembangan untuk seseorang penyanyi menjadi terhad kerana mutu vokalnya diambil alih oleh pakar komputer. Track LaguWo!!! Begitu besar pengaruh Justin Timberlake. Susunan muziknya dibuat dengan baik. Pendekatan moden merupakan antara kekuatan lagu tersebut. Wo!!! dibuat dalam dua versi iaitu Wo 2x dan Wo... Lagi??!!! Menariknya dalam lirik bahasa Inggeris. Ku Keliru agak moderate rentaknya. Lama kelamaan saya semakin menyukai lagu itu. Pada bahagian antara korus, rangkap rap dibuat dengan baik. Pengaruh Michael Jackson agak besar pada lagu ini. Dikau Teristimewa merupakan sebuah lagu balada yang baik. Saya paling menyukai lagu ini. Vokal Zahid agak menyerlah dalam lagu ini. Percubaan lagu balada yang dapat memberikan satu keistimewaan pada album ini. Aleya kedengaran seperti irama dari bahagian Hawaii. Kedengaran agak catchy. Tetapi bukan kegemaran saya. Vokal Zahid juga agak biasa dalam lagu ini. Lagu ini agak unik tetapi agak meleret. Milikku senang menerima pendengaran telinga saya. Lagu ini sememangnya sudah menjadi mainan bibir. Lagu ini sudah terlalu lama menjadi sinonim dengan diri Zahid. Ada beberapa lagu yang lebih baik dari Milikku dalam album ini. Warkah Buat Laila merupakan lagu tema dari filem Qaisy dan Laila. Percubaan membawakan lagu dalam genre world music nampaknya berjaya dilunaskan oleh Zahid dengan baik sekali. Saya menyukai susunan muzik dalam lagu ini. Pemilihan alat muzik untuk lagu ini agak minimal tetapi bersesuaian. Hanyamu juga antara lagu yang saya suka. Dalam rentak yang agak rancak, mesej cinta lagu tersebut tetap sampai kepada saya. Rentak lagu ini lebih segar dan tidak membosankan. Pengaruh moden yang kuat pada lagu ini secara khusus punya pengaruh Craig David yang besar. 1 Dlm 1000 (Miliknya?!) merupakan tajuk lagu yang kelakar. Melihat tajuk lagu ini sungguh menyakitkan kerana penggunaan bahasa yang tidak teratur dan campur-aduk. Menggunakan konsep santai, maka inilah hasilnya. Saya kurang menggemari sambungan lagu Milikku ini. Kulit AlbumSetelah melihat beberapa produk yang dihasilkan oleh Maestro melalui album Khai, Azizi, EVO 01 dan EVO 02, Maestro mempunyai masalah yang besar dalam menghasilkan kulit album yang baik. Setelah EVO 04 menggunakan konsep oren, kini ia diteruskan untuk Zahid dengan tone yang lebih gelap. Imej-imej gelap agak tidak sesuai dengan Zahid. Saya lebih suka sekiranya warna-warna terang digunakan untuk Zahid. Mungkin juga ada rasionalnya menggunakan warna gelap untuk Zahid iaitu agar kelihatan sedikit kurus. Ranking sultanmuzaffarDikau Teristimewa Milikku Wo!!! Hanyamu Ku Keliru Warkah Buat Laila Aleya 1 Dlm 1000 (Miliknya?!) Ulasan Lainulasan oleh javardSekiranya ada pembaca yang menjangkakan saya benar-benar bercuti sehingga hari ini, dan ketinggalan membaca artikel yang lepas, bolehlah membaca artikel-artikel yang lama di sini: Majlis Berbuka Puasa Adam dan Rumah Anak Yatim Kg Medan Majlis Berbuka Puasa Farah di Tupai Tupai Majlis Berbuka Puasa Maestro Majlis Hari Raya bersama Kaer di Kelab Golf Negara Ulasan Album EVO04 Erti Pertemuan Ning Baizura Sinar Syawal Bersama Anding Gathering gengjurnal.net IV setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian i) setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian ii) Gemilang Jaclyn Victor Relaku Pujuk muncul Juara di Anugerah Juara Lagu Sting Sacred Love Tour Stadium Putra Bukit Jalil Temuramah EmailKebun Bowling Tourney Sepet lahir atas lafaz kejujuran Konsert Force of Nature : Best Gila !! Semalam Bersama Saiful Razman
Posted at 12:49 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 05
Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 05 2 April 2005 Stadium Putra Bukit Jalil
Bahasa Malaysia
Intro Konsert Jelajah Akademi Fantasia atau Akademi Fantasia Tour 05 yang telah bermula pada 16 Februari 2005 di Kompleks Bukit Jambul, Penang akan sampai kemuncaknya pada 02 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Konsert akhir ini dikenali sebagai "KONSERT KEMUNCAK AKADEMI FANTASIA 2005".
Konsert ini akan diadakan pada 2 April 2005 di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria. Ia juga akan dipancarkan secara langsung di stesyen UBCTV Thailand, dan akan di siarkan melalui stesyen Indosiar, Indonesia pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Maklumat Konsert Konsert di Stadium Putra ini merupakan konsert akhir dalam siri Akademi Fantasia Tour.
Antara lokasi yang telah dijelajahi ialah: 16 Februari – Kompleks Bukit Jambul, Bayang Lepas, Penang 19 Februari – Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang 24 Februari – Dewan Masyarakat Sandakan, Sabah 26 Februari – Dewan Masyarakat Keningau, Sabah 05 Mac – Danga Bay, Johor Bahru 19 Mac – Stadium Indera Mulia, Ipoh 24 Mac – Boulevard Shopping Complex, Miri, Sarawak 26 Mac – Stadium Negeri Kuching Sarawak
Atas permintaan ramai dan sambutan baik yang diterima sepanjang siri konsert jelajah ini, pihak Maestro dan penaja sedang mengkaji untuk menambahkan dua lagi lokasi dalam Tour tersebut. Maklumat lanjut tentang dua lokasi ini akan dimaklumkan kemudian apabila semua pengesahan diperolehi daripada pihak-pihak yang terbabit.
Artis Terlibat Seramai 20 artis Akademi Fantasia 1 & 2 , 4 dari AF Indonesia dan 3 artis dari AF Thailand akan terlibat dalam persembahan kemuncak ini. Butir butir mengenai artis luar yang akan membuat persembahan adalah seperti berikut:
AF Thailand 1. Mr. Pacharapon Jantieng - Juara AF 2. Ms. Tanyanan Mahpiroon - Tempat Kedua 3. Mr. Pongsak Rattanaphong - Tempat Ketiga
AF Indonesia 1. Mr. Veri Afandi(VERI)Juara AFI 1 2. Ms. Theodora Meilani Setyawati (TIA)Juara AFI 2 3. Mr. Puthu Sutha Natha Wijaya SUTHA)Juara AFI 3 4. Cindy Carolina (CINDY) Artis popular AFI
Penaja Hotlink Coca-cola (Vanilla Coke) Astro Era.FM – radio rasmi
Tiket Tiket-tiket berharga RM10.00 boleh didapati di Stadium Putra Bukit Jalil bermula 28 Mac 2005. Tiket juga boleh didapati di Ticket Charge Mid Valley dengan menghubungi ticketing hotline 03-7726 2002 atau melayari laman web www.TicketCharge.com.my.
Peminat juga boleh menyaksikan Konsert Kemuncak AF Tour ini dengan membawa keratan kulit CD album EVO 01, EVO 02 & EVO 03 dan ditukar dengan pas masuk di pintu Stadium Putra Bukit Jalil.
Ahli Kelab Hotlink akan mendapat diskaun sebanyak 20% dan berpeluang menemui bintang pujaan mereka.
Bahasa Inggeris
Intro The Akademi Fantasia Tour 2005 which kicked of on 16th February 2005 at Bukit Jambul Shopping Complex Pulau Pinang finally reaches its climax on 2nd April 2005 at the Putra Stadium Bukit Jalil. The final stadium concert date is titled “KONSERT KEMUNCAK AKADEMI FANTASIA 2005”.
The concert will be held on 2nd April 2005 at Putra Stadium Bukit Jalil, 8.30pm and will be broadcast live over Astro Ria as well as UBCTV in Thailand. Indosiar of Indonesia will broadcast it as a delayed telecast.
Info on the Concert The Concert at Putra Stadium is the final stadium Concert in the AF Nationwide Tour 2005. The Hotlink tour had made stops at a different locality almost every week for the past 2 months.
Venues that have been visited are: 16 February – Kompleks Bukit Jambul, Bayang Lepas, Penang 19 February – Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang 24 February – Dewan Masyarakat Sandakan, Sabah 26 February – Dewan Masyarakat Keningau, Sabah 05 March – Danga Bay, Johor Bahru 19 March – Stadium Indera Mulia, Ipoh 24 March – Boulevard Shopping Complex, Miri, Sarawak 26 March – Stadium Negeri Kuching Sarawak
With excellent crowd turnout and overwhelming response from the fans throughout this Tour, Maestro Talent with the Sponsors are contemplating adding 2 new locations for the AF Tour 2005. Confirmed dates and locations will be announced shortly.
Artist Involved In total 20 Artistes from Akademi Fantasia 1 & 2, together with 4 from Indonesia and 3 from Thailand will be involved for this two and a half hour final concert. · The artistes from Thailand and Indonesia are:
AF Thailand 1. Mr. Pacharapon Jantieng - AF Winner 2. Ms. Tanyanan Mahpiroon - AF 1st Runner-up 3. Mr. Pongsak Rattanaphong - AF 2nd Runner-up
AF Indonesia 1. Mr. Veri Afandi(VERI) Juara AFI 1 2. Ms. Theodora Meilani Setyawati (TIA) Juara AFI 2 3. Mr. Puthu Sutha Natha Wijaya (SUTHA) Juara AFI 3 4. Cindy Carolina (CINDY) Artis popular AFI 2
Sponsors Hotlink Coca-cola (Vanilla Coke Astro Era.FM – Official Radio Station
Tickets Tickets are priced at RM10.00 and can be obtained at Putra Stadium from 28th March 2005. Tickets can also be obtained by contacting Ticket Charge Hotline 03-7726 2002 or go to their website www.ticketcharge.com.my.
Fans can bring along the EVO-04-01 or EVO-04-02 or EVO-04-03 CD sleeve/inlay to the ticket counter and exchange it for complimentary passes. (Ticket price excludes RM2 Ticket Charge fee)
Hotlink Members can enjoy a 20% discount off the RM10 tickets and get a chance to meet their stars in person.
Posted at 12:48 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Ramalan Anugerah Bintang Popular 2004
Ramalan Anugerah Bintang Popular 2004
Minggu ini merupakan minggu dunia hiburan yang agak padat. Bermula dengan persembahan eksklusif Siti Nurhaliza in Concert di Royal Albert Hall di London, kemudiannya Konsert Kemuncak Akademi Fantasia Tour di Bukit Jalil keesokkannya. Di Genting Highland akan berlangsung pula Anugerah Bintang Popular 2004. Populariti anugerah ini dan persembahan Siti Nurhaliza di London secara tidak langsung menenggelamkan promosi Konsert Kemuncak Akademi Fantasia Tour. Sehingga hari ini seakan tiada promosi konsert tersebut.
Para artis akan berkampung di Genting Highland dengan ketiadaan Siti Nurhaliza. Apakah kemeriahannya masih sama walaupun dengan ketiadaannya ? Setahun yang lepas, tentu kita masih ingat persembahan tiga diva, Datuk Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan Misha Omar mempersembahkan finale yang telah mengecewakan banyak pihak.
Tentunya saya mengharapkan sebuah persembahan yang lebih hebat pada tahun ini.
A. PENGACARA TV LELAKI POPULAR 1. Aznil Nawawi 2. Azwan Ali 3. Hani Mohsin 4. Wahid 5. Zainal Ariffin Ismail Ramalan SM: Aznil Nawawi
Tidak sukar rasanya untuk meramal siapakah yang bakal menggondol anugerah ini. Aznil Nawawi hampir pasti mengekalkan mahkota beliau sebagai pengacara nombor satu di Malaysia. Pencabar paling dekat beliau tentulah Zainal Ariffin Ismail yang mengacarakan Misteri Nusantara di TV3. Rancangan tersebut mendapat rating yang tinggi di Malaysia dan disiarkan di stesen televisyen percuma. Berbeza dengan Aznil yang hanya muncul di stesen televiyen berbayar. Namun demikian populariti Aznil masih sukar digugat.
B. PENGACARA TV WANITA POPULAR 1. Cheryl Samad 2. Norzie Pak Wan Chek 3. Maria Tunku Sabri 4. Raja Azura 5. Zakiah Anas Ramalan SM: Raja Azura
Aura Melodi sebenarnya masih melekat pada Raja Azura. Cheryl Samad punya kelebihan untuk menggugat kerana menerajui rancangan Muzik Muzik dan Juara Lagu. Populariti Jalan Jalan Cari Makan juga tidak wajar diketepikan. Begitu juga dengan rancangan Majalah 3. Tetapi memandangkan pengundi rata-rata dari kalangan remaja, maka pengacara rancangan seperti Muzik Muzik besar kemungkinan mampu menggondol anugerah tersebut. Pilihan saya masih berpihak kepada Raja Azura kerana karisma beliau sebagai seorang pengacara wanita yang kelakar masih sukar digugat.
C. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 1. Andy Hakim 2. Halim Othman 3. Ismahalil Hamzah 4. Khairil Rashid 5. Kiran Ramalan SM: Halim Othman
Populariti ERA sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia nampaknya memang sukar digugat oleh mana-mana stesen. Nama seperti Halim Othman, Kiran dan Khairil Rashid merupakan antara penyampai yang menititi di bibir setiap pendengar. Tugas Halim Othman untuk Topik Pagi ERA telah pun digantikan dengan Kiran dan Khairil Rashid. Topik Pagi ERA merupakan antara program radio yang paling diikuti oleh pendengar. Namun demikian, kemunculan Halim di televisyen seperti Roda Impian sebenarnya masih dekat dengan penonton. Rancangan HO Live sedikit sebanyak menguatkan lagi populariti beliau. Kemenangan beliau sebagai DJ Radio terbaik di Anugerah Seri Angkasa membuatkan beliau sememangnya layak untuk anugerah tersebut.
D. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR 1. Abby Fana 2. Farah Fauzana 3. Linda Onn 4. Nana AF1 5. Nila Kurnia Ramalan SM: Linda Onn
Sama halnya dengan Halim Othman, Linda Onn juga selain penyampai radio berkebolehan besar mengacarakan rancangan di televisyen. Bukan sekadar kemunculannya di ASTRO tetapi juga beberapa kali muncul di stesen televisyen percuma. Kehebatan Linda Onn sebagai penyampai popular turut didokong dengan kemunculan penyampai-penyampai wanita ERA yang baru seperti Nana AF1, Farah Fauzana dan Nilai Kurnia. Linda Onn turut menjadi Duta untuk beberapa produk tempatan dan wajahnya sering terpampang di dada akhbar dan billboard.
E. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR 1. Afdlin Shauki 2. Azlee 3. Lan Pet Pet 4. Saiful Apek 5. Yassin Ramalan SM: Saiful Apek
Tiada alasan kukuh sekiranya Apek gagal untuk mengekalkan kemenangan ini dari tahun lepas. Populariti Apek sebagai pelawak pertama menerima anugerah Bintang Popular sekaligus menafikan penguasaan Siti Nurhaliza dan mengekang kemaraan Rosyam Noor merupakan sesuatu yang di luar dugaan. Penampilan bersahaja Apek ternyata mencuit hati walaupun sekadar menjadi penyeri majlis siaran langsung sewaktu siaran berhenti rehat untuk iklan.
F. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR 1. Adibah Noor 2. Kartina Aziz 3. Norlia Ghani 4. Rosnah Mat Aris 5. Sheila Rusly Ramalan SM: Adibah Noor
Wan Maimunah nampaknya telah pun hilang dari pandangan pengundi. Sejak akhir-akhir nama Sheila Rusly semakin kerap muncul di dada akhbar dan juga majalah. Besar kemungkinan beliau memenangi kategori ini. Namun demikian, kemunculan Adibah Noor sebagai pelakon iklan yang bercorak komedi juga tidak harus dipandang ringan. Lakonan beliau dalam filem Sepet juga berjaya dibawakan oleh beliau dengan sedikit suntikan komedi tetapi bukan sebuah komedi yang bersifat komersial. Malah lakonan beliau dalam Sepet lebih bersifat komedi yang bermaruah. Dua nama yang akan bersaing secara sengit dalam kategori ini iaitu antara Sheila Rusly dan Adibah Noor. Saya meletakkan harapan yang besar untuk Adibah Noor.
G. ARTIS BARU LELAKI POPULAR 1. Adi Fashla 2. Ashraff Daniel Sinclair 3. Jehan Miskin 4. Khai 5. Vince Ramalan SM: Vince
Ada dua gergasi baru dalam dua dunia hiburan yang berbeza. Vince dalam bidang muzik dan Jehan Miskin dan bidang lakonan. Sekiranya Fahrin Ahmad tercalon besar kemungkinan beliau berpeluang besar untuk memenanginya bersandarkan bakat lakonan beliau dalam program Samarinda yang tersiar di TV3. Sayangnya beliau tidak tercalon. Maka pilihan Cuma tinggal Vince dan Jehan Miskin. Vince mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan jika pengundi berpeluang untuk menonton Sembilu 2005 dan menilai kebolehan beliau maka peluang beliau lebih terbuka luas. Kemunculan beliau dalam Juara Lagu sebagai seorang pendatang baru dengan lagu ciptaan beliau sendiri setidak-tidaknya membuka mata masyarakat yang beliau sememangnya seorang yang berbakat besar. Kemenangan tempat ketiga di Voice of Asia di Kazhastan juga merupakan satu kelebihan kepada beliau.
H. ARTIS BARU WANITA POPULAR 1. Bienda 2. Dia Fadila 3. Fasha Sandha 4. Nana AF1 5. Jaclyn Victor Ramalan SM: Jaclyn Victor
Tumpuan undian lebih kepada perang program realiti tv yang diketengahkan oleh ASTRO dan 8TV. Jacklyn Victor, Malaysian Idol yang pertama bakal meneruskan penguasaannya kali ini. Namun demikian, persaingan paling dekat dengan beliau ialah Nana AF1 yang bukan sahaja muncul dalam rancangan Akademi Fantasia tetapi juga merupakan salah seorang penyampai ERA yang popular. Kemenangan besar kemungkinan berpihak kepada Jaclyn Victor. Kes yang melibatkan Fasha Sandha ternyata mengecilkan lagi peluang beliau untuk menang kategori ini.
I. ARTIS BUKAN MELAYU POPULAR 1. Angeline Tan 2. Hans Isaac 3. Jaclyn Victor 4. Seelan Paul 5. Vince Ramalan SM: Vince
Sekali lagi perang undian program realiti tv akan berlaku. Saya meletakkan peluang kemenangan lebih berpihak kepada Vince. Dengan bakat yang beliau ada serta pengembangan bakat yang bukan sekadar dalam bidang muzik, maka peluang lebih besar berpihak kepadanya. Salah satu kelebihan Vince berbanding Jaclyn Victor ialah beliau terdedah dalam bidang lakonan. Maka bilangan kelompok pengundi tentunya akan lebih besar. Saya meletakkan cabaran besar akan diberikan oleh Jaclyn Victor untuk Vince.
J. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR 1. Farid Kamil 2. Hans Isaac 3. Rosyam Nor 4. Saiful Apek 5. Yusry KRU Ramalan SM: Rosyam Noor
Dengan berbekalkan filem Gangster yang telah menaikkan lagi nama Rosyam Noor, maka peluang beliau untuk memenangi anugerah ini lebih besar. Muncul dengan tiga watak membawa satu senario baru dalam bidang lakonan di Malaysia. Kemunculan Farid Kamil selaku pencabar baru dalam kategori ini merupakan kemunculan bakat-bakat baru dalam bidang lakonan terutamanya pelakon lelaki. Pencabar utama kategori ini tentunya berpihak kepada Rosyam Noor dan Saiful Apek. Kedua-dua mereka merupakan antara pelakon yang pernah memenangi anugerah untuk kategori lakonan.
K. PELAKON FILEM WANITA POPULAR 1. Erra Fazira 2. Nasha Aziz 3. Nisdawati 4. Maya Karin 5. Tiara Jacquelina Ramalan SM: Erra Fazira
Berbekalkan populariti dan kontroversi, nama Nasha Aziz tentunya berada di tempat teratas. Lebih-lebih lagi dengan pendedahan yang meluas diterima oleh beliau di dalam akhbar dan majalah. Namun demikian, filem lakonannya melalui filem Cinta Luar Biasa tidaklah begitu menonjol. Begitu juga dengan Erra Fazira melalui filem Kuliah Cinta. Populariti Tiara Jacquelina tidak wajar dipandang ringan. Walaupun memenangi anugerah di peringkat antarabangsa, Maya Karin agak sukar untuk meloloskan diri untuk memenangi kategori ini kerana kurang mendapat pendedahan media. Jika dinilai dari segi kualiti, saya meletakkan harapan kepada Maya Karin dan Tiara Jacquelina. Pengundi di Malaysia adalah golongan yang meminati filem-filem Datuk Yusof Haslam dan David Teoh. Maka tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepada Erra Fazira.
L. PENYANYI NASYID POPULAR 1. Hijjaz 2. In-Team 3. Mirwana 4. Rabbani 5. Raihan Ramalan SM: Rabbani
Keputusan mengejut diterima sewaktu Anugerah ERA 04. Tidak mustahil ia berlaku sekali lagi. Zaman kegemilangan Raihan rasanya sudah berlalu. Pengaruh semasa tentunya membolehkan In-Team memenangi kategori ini. Saya lebih menyukai sekiranya Rabbani memenangi kategori ini. Pengaruh muzik nasyidnya yang bercorak moden memberikan satu impak baru kepada dunia seni tempatan.
M. PENYANYI LELAKI POPULAR 1. Fazley 2. Nassier Wahab 3. Reshmonu 4. Vince 5. Yusry KRU Ramalan SM: Yusry KRU
Ketiadaan Anuar Zain dalam kategori ini seolah-olah menjatuhkan kualiti kategori ini. Nama-nama yang terpilih sekadar mencukupkan kuota. Saingan akan berpihak antara Nassier Wahab, Vince dan Yusry KRU. Populariti semasa menunjukkan Yusry KRU mendahului saingannya yang lain. Vince sukar untuk menggugat kedudukan Yusry KRU dalam kategori ini. TIdak mustahil Nassier Wahab mampu membuat kejutan. Ia pernah berlaku dalam Anugerah ERA 04.
N. PENYANYI WANITA POPULAR 1. Ning Baizura 2. Misha Omar 3. Siti Nurhaliza 4. Waheeda 5. Ziana Zain Ramalan SM: Siti Nurhaliza
Ini antara kategori hangat pada malam anugerah itu kelak. Kerusi panas Penyanyi Wanita Popular tentunya merupakan anugerah paling mendebarkan. Setiap finalis masing-masing punya kelompok peminat yang tersendiri. Seingat saya setiap seorang dari mereka punya fanclub mereka masing-masing. Setidak-tidaknya satu yahoogroup. Berdasarkan populariti, Siti Nurhaliza punya kekuatan peminat yang besar. Tidak mustahil berlaku sebarang kejutan. Apa sahaja mungkin berlaku. Lebih-lebih lagi dengan isu “Siti vs Sharifah” yang hangat diperkatakan. Kini semakin dilupakan. Antara yang mampu mencabar kehebatan Siti Nurhaliza ialah Misha Omar yang mana kelompok peminatnya lebih besar kerana genre muziknya yang lebih kurang dengan Siti sendiri. Beza Misha dengan Ning ialah genre muzik Ning lebih ke arah urban, maka bilangan undian secara tidak langsung berkurangan. Zaman Ziana Zain boleh saya sifatkan sudah berlalu. Beliau telah berada dalam kelasnya yang tersendiri, sama seperti Sheila Majid.
O. ARTIS BERKUMPULAN / DUO POPULAR 1. Exists 2. Flop Poppy 3. KRU 4. Ruffedge 5. Spider Ramalan SM: Spider
Kemenangan di Juara Lagu memberikan peluang yang besar untuk Spider menggondol anugerah ini. Ruffedge hanya popular dalam kelompok urban, manakala KRU sudah pun berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Saya meletakkan harapan besar untuk Spider. Populariti lagu Rela Ku Pujuk amat hebat. Lagipun muzik yang dibawakan oleh Spider lebih moderate dan sesuai untuk semua golongan.
P. PELAKON TV/VCD LELAKI POPULAR 1. Ako Mustapha 2. Jalaluddin Hassan 3. Saiful Apek 4. Rosyam Nor 5. Zamarul Hisham Ramalan SM: Rosyam Noor
Populariti Dalam Hati Ada Cinta memberikan kekuatan utama untuk Ako Mustapha. Bersandarkan drama tersebut, nama Ako meniti di bibir peminatnya. Sesuatu yang membanggakan apabila tiada pelakon drama Gerak Khas terpilih untuk kategori ini. Satu perubahan yang agak besar dan perlu diberi perhatian. Ini membuktikan yang selera penonton telah mula berubah. Datuk Yusof Haslam tidak seharusnya berdiam diri dan beliau perlu mencari formula baru. Mereka yang benar-benar popular dalam kategori ini tentunya Ako Mustapha, Rosyam Noor dan juga Saiful Apek. Nama Rosyam Noor antara nama yang disebut-sebut untuk memenangi kategori tersebut.
Q. PELAKON TV/VCD WANITA POPULAR 1. Abby Abadi 2. Eja 3. Hetty Sarlene 4. Nasha Aziz 5. Umie Aida Ramalan SM: Abby Abadi
Populariti drama Gerak Khas merupakan antara penyebab Hetty Sarlene dan Abby Abadi masih kekal dalam kategori ini. Sememangnya Abby Abadi memang sukar digugat dalam kategori ini. Umie Aida yang popular menerusi drama Dalam Hati Ada Cinta agak sukar untuk mencelah kerana drama tersebut disiarkan di stesen televisyen berbayar. Nasha Aziz lebih popular dalam VCD yang diedarkan secara haram bukan melalui stesen televisyen. Tidak mustahil Eja mampu menyelitkan dirinya untuk memenangi kategori ini kerana populariti siri Samarinda yang dilakonkan oleh beliau. Jika kualiti dijadikan sandaran, saya meletakkan peluang yang besar untuk Umie Aida dan Eja. Jika populariti dijadikan ukuran, Abby Abadi masih sukar digugat.
BINTANG PALING POPULAR Tahun ini saya melihat seperti tahun Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza telah memberikan persembahan yang menarik di MTV Asia Awards di Bangkok. Kes email laying yang membabitkan nama beliau tentunya antara kes di kalangan artis yang paling diingati dan jarang-jarang terjadi. Ini secara tidak langsung undi emosi akan diberikan kepada beliau. Pada 1 April nanti, Siti Nurhaliza menyambut ulangtahun ke 10 pembabitannya di dalam bidang seni di London dengan sebuah persembahan eksklusif di Royal Albert Hall, sebuah dewan yang paling berprestij di London. Undian populariti secara tidak langsung diberikan kepada beliau. Sukar untuk mencari saingan yang kuat untuk Siti Nurhaliza kecuali daripada Saiful Apek.
Ramalan SM: Siti Nurhaliza
Saya sekadar meramal.
Posted at 12:47 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Semalam Bersama Saiful Razman
Semalam Bersama Saiful RazmanPertama kali kami bertemu sewaktu Wilayah KUTU Book Reading di Darling Muse Art Gallery Bangsar. Pertemuan singkat itu kami berbual tentang dunia seni yang boleh saya sifatkan terpinggir tetapi mula menunjukkan belangnya. Begitu juga halnya dengan seorang pelukis yang baru berumur 25 tahun bernama Saiful Razman. Dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus). Beliau pernah mengadakan pameran di Yogyakarta, Indonesia dan sekitar Malaysia serta pernah memenangi beberapa anugerah. Antara lain Honourable Mention dalam Phillip Morris Malaysia – Asean Arts Awards dan Incentive Award untuk Pameran Terbuka, Galeri Shah Alam, Selangor. Peluang demi peluang diterima oleh beliau dan peluang paling berharga apabila pada tahun 2004 beliau terpilih untuk menjadi Artist-in-Residence di Rimbun Dahan, Kuang, Selangor. Program ini menawarkan residensi selama 12 bulan untuk artis Malaysia dan Australia telah dimulakan oleh Hijjas Kasturi pada tahun 1994. Artis yang terpilih diberikan tempat tinggal di dalam kawasan Rimbun Dahan untuk menghasilkan kerja-kerja seni mereka.. Turut diberikan ialah sebuah studio, bahan-bahan dan elaun sara hidup selama setahun. Program ini merupakan satu penghargaan kepada artis generasi baru kedua-dua buah negara yang telah diberikan oleh Hijjas Kasturi dalam mengukuhkan hubungan peribadi dan artistic antara Malaysia dan Australia. Petang itu, selesai bekerja saya terus bergerak ke Universiti Bangsar Utama. UBU tempat lepak para artis, reformis, pemuzik bawah tanah dan cendekiawan terpelajar Bangsar. Saya mengambil Saiful Razman dan kami sama-sama ke Rimbun Dahan untuk melihat hasil kerja beliau setelah setahun berada di Rimbun Dahan. Tiba di Rimbun Dahan bukan merupakan idea yang baik kerana saya tidak berpeluang untuk melihat kerja-kerja arkitek pemilik taman itu. Kami terus menuju ke Galeri Bawah Tanah yang menjadi lokasi pameran hasil kerja anak muda itu. Menjejakkan kaki ke galeri tersebut saya melihat aturan lukisan-lukisan yang bersifat provokatif, lantang dan berang. Itu persepsi pertama saya. Di bahagian yang satu lagi tersusun lukisan hasil karya Malcolm Utley yang lebih bersifat abstrak. Tema hasil seninya lebih menjurus kepada kritikan sosial yang diperolehi melalui iklan, papan tanda, suratkhabar, buku manual, television, poster dan pelbagai material yang mampu menjentik idea untuk karya seninya. Antara idola Saiful Razman ialah Zulkifli Mohd Dahlan dan Davis. Antara lukisan beliau yang menarik minat saya tentu sekali Projek Serakah Jaya yang telah disiapkan beberapa jam sebelum pameran bermula. Idea penghasilan Projek Serakah Jaya datang dari kenyataan oleh Menteri Besar Selangor tentang pembangunan di persekitaran Bukit Cherakah. Dari corong pembesar suara terjerit SEMUANYA kepada rantaian saluran yang bersambung-sambung sambil cacing-cacing masih meneruskan kerja mengorek kawasan tersebut. Jeritan SEMUANYA OK itu dilontar kepada siapa ? Adakah kepada kroni-kroninya atau kepada rakyat ? "Jangan bimbang, semuanya OK", kepada kroni-kroninya. atau "Semuanya OK !" kepada rakyat yang mendengar sedang corong pembesar suara tersasar kepada kroni-kroninya. Penggunaan latar belakang yang bewarna coklat menguatkan lagi mesej yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut. Dengan sekadar lukisan-lukisan outline, mesej terus berjaya disampaikan hanya dengan memberikan sedikit konotasi dan simbol kepada sesuatu elemen. Lukisan lain yang turut menarik perhatian saya ialah satu lukisan yang saya lupa tajuknya. Menurut Razman, idea menghasilkannya datang sewaktu melihat upacara korban. Beliau melakarkan pengalaman tersebut di atas kanvas tentang bagaimana orang menyambut hari tersebut serta merayakan kehidupan. Keunikan sesuatu lukisan apabila diselitkan penyataan yang diambil dari lirik lagu untuk melengkapkan lagi mesej lukisan tersebut. Kebanyakan karya-karya Razman banyak disertakan dengan beberapa teks yang diambil dari lirik lagu serta puisi. Semoga Lekas Sembuh contohnya, sebuah lukisan yang diselang-selikan dengan teks dan imej. Teks Semoga Lekas Sembuh kelihatan menonjol pada latarbelakang merah dan imej kereta kebal sudah cukup untuk menggambarkan peperangan yang berlatarbelakangkan darah. Di sini letaknya kehebatan pelukis ini. Beliau bijak menggunakan teks dan imej yang saling melengkapi untuk menguatkan lagi mesej karya tersebut. Melintang Pukang hanya imej tanpa teks. Reka letak subjek dibuat dalam keadaan kelam-kabut dan tidak teratur. Naratifnya mudah tetapi memerlukan penelitian tentang apakah yang ingin disampaikan oleh pelukis secara mendalam. Box, holy dan Obey bermain dengan imej-imej minimal yang boleh saya sifatkan seperti ilusi optik. Penggunaan warna yang terang menguatkan mesej positif dan negatif pada sesebuah hasil. Ini meletakkan hasil kerja Razman mampu untuk mencipta perdebatan di kalangan penonton. Imej dan bentuk tersebut seakan-akan bermain dengan mata dan membuatkan penonton membuat tafsiran mereka yang tersendiri. In Dog We Trust pula bercerita tentang pengalamannya berada di Rimbun Dahan. Pengalaman diserbu anjing-anjing sewaktu tiba di Rimbun Dahan tentu memberikan satu pengertian yang berbeza. Teks In Dog We Trust diparodikan daripada teks In God We Trust dari wang kertas Amerika. Mungkin juga kerana kecelakaan Amerika Syarikat kini mereka sebenarnya berpaksikan anjing dan bukannya tuhan. Dalam waktu yang sama, sekitar Rimbun Dahan dikawal oleh anjing-anjing tersebut. Secara tidak langsung, teks dan imej sebenarnya bercerita tentang dua persekitaran yang berbeza tetapi amat dekat maknanya. Thumbs Up! pada mulanya kelihatan seperti kulit pembungkus kacang Nyan Yin. Tangan kiri menunjukkan isyarat bagus. Menurut Razman, mengapa bukan tangan kanan ? Apakah kerana tangan kiri adalah betul dan tangan kanan adalah salah ? Satu kenyataan ringkas dibuat oleh beliau, “Left is right, right is wrong !” Karya ini bermain dengan reka letak kerana antara dua karya yang digantungkan, ia digantungkan di bahagian kiri secara tidak langsung mengiakan kenyataan ringkas beliau. Bijak ! Tidak mustahil satu hari nanti, karya-karya Saiful Razman akan menjadi ikutan dalam reka letak t-shirt mahu pun poster-poster. Keberanian beliau menyampaikan kritikan-kritikan sosial beliau dalam bentuk kanvas merupakan satu luahan emosi dan idea yang kena pada tempatnya. Penguasaan generasi Bangsar dalam dunia seni baik filem, teater, muzik, penulisan dan senireka merupakan satu corak seni dan idea aliran baru yang mula mengambil alih tonggak kebudayaan dan kesenian yang ada di Malaysia ini. Rimbun DahanSetelah hampir sejam berada di Galeri Bawah Tanah itu, saya menjadi begitu kagum dan semakin terpikat dengan Projek Serakah Jaya yang bernilai RM5000. Konsep Rimbun Dahan Residency Artist yang dicetuskan oleh Hijjas Kasturi merupakan satu usaha murni yang harus dipuji. Beliau telah menggunakan kelebihan tersebut untuk mempromosikan artis-artis generasi baru dan menyediakan segala kemudahan untuk mereka berkarya serta memberikan mereka peluang untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang seni. Usaha-usaha ini wajar dicontohi oleh warga korporat yang ada di Malaysia untuk sama-sama membantu usaha generasi baru untuk lebih mendekati seni serta menghargainya. Sokongan dari sector korporat merupakan satu nadi untuk kegiatan seni ini terus berkembang. Menurut Angela Hijjas dalam wawancaranya bersama Veronica Shunmugam, beliau telah berusaha mendapatkan penajaan dari beberapa golongan ternama dan agak sukar untuk mendapatkan mereka untuk sama-sama memahami tanggungjawab untuk menyelenggarakan sebuah residensi. Tiada gunanya mempunyai ruang yang luas jika tidak digunakan dan sama-sama berkongsi akan keindahan tempat tersebut. Sekali lagi saya kagum dengan usaha murni Rimbun Dahan dibawah kelolaan Hijjas Kasturi dan Angela Hijjas yang akhirnya akan memilih dua karya dari setiap artis yang berada di halaman mereka setelah selesai pameran tersebut untuk dipamerkan di Galeri Utama. Hubungi: Puan Angela Hijjas ajh(at)pd(dot)jaring(dot)my Rimbun Dahan Kilometer 27 Jalan Kuang Kuang 48050 Selangor Malaysia www.rimbundahan.orgKredit Foto di Rimbun Dahandigitalmalaya : video shootfotopages smfotopages yaabbnaRujukanHijjas Kasturi Associates SdnArtists in her garden
Posted at 05:11 pm by sultanmuzaffar
Permalink
 Anjuran: Geng JurnalTajuk: Menjadi Blogger Super Tempat: Rumah Pena Tarikh: 27 Mac 2005 Hari: Ahad Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari Ahli panel:- 1. Mat Jan 2. Rudy Bluehikari3. sultanmuzaffarModerator: Tipah VogueForum PerbincanganSemua dijemput hadir. Antara soalan spot yang mungkin akan disoal pada pagi tersebut, antara lain ialah:- oleh Tok Rimau1. Pentingkah menjadi super? 2. Apakah kelebihan menjadi super? 3. Bagaimana kita nak kenal blog yang super? 4. Superman kalah dengan kriptonite dan Batman tidak boleh terbang. Adakah blog yang super juga ada kelemahan? 5. Bilakah tuan menyedari blog tuan ini blog super? 6. Bagaimanakah tuan menggunakan kesuperan tuan ini untuk kebaikan? 7. Apa definisi Super? 8. Apa beza antara Blog Malaysia ditulis dlm Bahasa Melayu dan Bahasa Bahasa Inggeris? Mana yang lebih super? 9. Apakah nasib blog yang tidak super? Adakah ianya akan tersisih? 10. Adakah kemungkinan satu blog super tiba2 hilang kesuperannya? oleh EPSoalan 1: Sesuatu blog itu menjadi masyhur atau 'super' pada kontek tema pada hari ini bergantung kepada kritera penulisan samada: 1. Provokatif - politik, agama & perkauman 2. Menyentuh emosi 3. Bersifat pengajaran & kongsi pengalaman 4. Stail atau gaya penulisan Hang tanya kat ahli panel, blog depa dikategorikan sebagai 'super' berdasarkan kritera apa? Soalan 2: "kalau kail panjang sejengkal jangan mengail di lautan dalam" Bentuk penulisan yang provokatif biasanya akan mengundang 'jerung' atau 'piranha'. Apabila tiba pada suatu tahap perlukah pengendali blog super tu 'cabut lari secara terhormat' atau bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir? Breaking news!Yasmin Ahmad's SEPET just won the main Grand Prize of the Jury at the 27th International Women's Film Festival at Créteil, France. The prize comes with a cash prize of Euro 3, 811 as well as French subtitling by LVT. The full list of winners (in French) can be read here. My review on Sepet can be read here.
Posted at 05:10 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Konsert Force of Nature : Best Gila !!
Konsert Force of Nature : Best Gila !!Stadium Putra Bukit Jalil 7.45 malam – 2.45 pagi Saya tidak mengharapkan peluang untuk menonton konsert ini. Konsert ini konsert besar. Ada ramai artis antarabangsa yang terlibat termasuk juga artis Malaysia. Apabila peluang tersebut diberikan oleh Chail, sudah tentu saya tidak melepaskannya. Kami pergi bersama Dream, Hakim, Sahri AF1dan Nuar. Atas kesedaran untuk membantu mangsa bencana tsunami, maka sebuah konsert bertujuan untuk mengutip sumbangan telah diadakan. Hasilnya, sebanyak RM10 juta telah berjaya dikumpulkan. Banyak juga yang berjaya dikutip, mungkin juga diperas. Lagipun konsert ini mendapat liputan besar, maka tidak mustahil banyak syarikat yang telah dipaksa untuk membeli tiket oleh kerajaan. Selain dapat nama, dapat juga berhibur.  Saya paling suka salah satu gambar yang tersiar di akhbar harian, bila mana Pak Lah bersiap sedia untuk melekapkan tapak tangannya ke atas banner. Tapak tangan yang bewarna oren itu nampak macam bersiap sedia untuk menampar. Klasik sungguh gambar tersebut. Khabarnya, ramai personaliti antarabangsa yang hadir. Antara lain Rupert Murdoch jutawan media, David Blaine ahli silapmata terkenal, Paula Abdul juri professional American Idol, Jackie Chan dan ramai lagi. Hanya sedar kehadiran David Blaine muncul apabila terbaca dalam akhbar. Bukankah seronok bila dapat jumpa dengan beliau. Beliau hebat kerana boleh men"jadi"kan duit dengan banyak. Batu tiba-tiba boleh jadi duit syiling. Lagi seronok kalau beliau dapat buat persembahan pada malam tersebut. Konsert yang bermula pada jam 7.45 malam itu telah menghimpunkan seramai 13,000 orang penonton dari pelbagai latarbelakang. Rekaan pentas yang berlatarbelakangkan motif etnik kelihatan menarik apabila disinari limpahan cahaya yang pelbagai warna. Saya cuma kurang berpuas hati apabila pertukaran antara artis yang mengambil masa yang lama. Pertukaran pentas dan peralatan muzik sedikit merencatkan momentum persembahan. Setiap artis membawa pemain muzik masing-masing dan pertukaran artis menyebabkan perubahan alat muzik juga perlu dilakukan. Kemunculan pertama telah dilakukan oleh Paula Abdul sebelum memperkenalkan Lauryn Hill untuk mengambil tempat sebagai membuka persembahan pada malam tersebut. Juri professional American Idol itu terbang ke Kuala Lumpur secara mengejut. Lauryn Hill memulakan persembahan dengan penuh emosi dan cemerlang sambil diiringi dengan petikan gitar klasiknya. Beliau membawakan beberapa lagu dari albumnya dan memukau penonton dengan lagu Doo Wop (That Thing). I Am A Force Of Nature oleh Tan Sri Razali Ismail dan Duta Force of Nature, Datuk Michelle Yeoh memberikan ucapan penuh inspirasi kepada penonton. Menyeru penonton agar terus menyalurkan bantuan kepada mangsa tsunami. Innuendo featuring Ruffedge & VE membuka persembahan mewakili Malaysia. Persembahan hambar Innuendo ditambah dengan masalah teknikal audio mencacatkan persembahan mereka. Lebih mengejutkan sebelum Innuendo meneruskan persembahan dengan lagu popular mereka Belaian Jiwa, ucapan Raymie lebih bersifat peribadi. Berikut adalah ucapan Raymie yang terlalu mengarut dan amat silap tempat ! This song is dedicated for someone whom I met a year ago...You know who you are... Mood Pot yang mendedikasikan persembahannya untuk mangsa di Sekolah Banda Acheh terbantut dengan ucapan bersifat peribadi Raymie. Ini bukan konsert untuk mereka, ini konsert untuk mesej sejagat bantuan kemanusiaan Acheh. Raymie sepatutnya tahu membezakan platform untuk menyampaikan rasa hatinya, tidak secara melulu. Sila belajar dari artis antarabangsa yang lebih profesional aksi mereka. Stadium Putra Bukit Jalil penuh dengan hampir 15,000 orang penonton dari pelbagai latarbelakangHebat sekali persembahan Sheila Majid pada malam itu. Beliau membawakan lagu Manusia, Warna, Sinaran dan mengakhiri persembahan beliau dengan lagu Ikhlas Tapi Jauh. Lagu tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Innuendo. Hanya persembahan Sheila Majid sahaja yang mampu membanggakan Malaysia dan persembahan artis lain hanya sekadar tempelan. Bukan sahaja tidak membawakan sekurang-kurangnya satu lagu penuh, tetapi sekadar menyanyikan serangkap lagu. Sheila Majid seperti biasa menggunakan modal Warna dan Sinaran. Saya mengharapkan beliau membawakan lagu Ku Mohon tetapi tidak menjadi kenyataan. Lagu dan lirik Ku Mohon lebih sesuai untuk konsert sedemikian. Boyz II Men juga memberikan persembahan yang cemerlang. Mereka menyajikan persembahan vocal yang bertenaga. Kebanyakan lagu yang dipilih oleh mereka agak perlahan dan menyerlahkan kehebatan vocal mereka. Antara lagu yang didendangkan oleh Boyz II Men ialah Motownphilly, I'll Make Love To You, Water Runs Dry, End Of The Road, On Bended Knees dan Songs for Mama. Sekali lagi stadium bergema dengan sorakan penonton apabila mereka membawakan lagu End Of The Road. Kemunculan sebentar Clay Aiken amat memberikan kesan dengan imej selambanya berseluar bermuda. Sempat juga beliau membacakan teks ucapannya dalam Bahasa Melayu dengan lancar. Tepukan dan sorakan penonton semakin bergemuruh. Penampilan tunggal artis dari Indonesia iaitu Ruth Sahanaya hanya sekadar menampilkan kehebatan vokal beliau. Ini perbezaan yang nyata antara artis antarabangsa dan artis tempatan. Aura penghibur mereka nyata kurang berbanding artis Barat. Membawakan lagu Kaulah Segalanya dalam Bahasa Inggeris dan Keliru sebelum persembahannya diiringi oleh Eric Benet membawakan sebuah lagu duet bertajuk Everybody Doesn't Matter. Penampilan Esai Moralis menyampaikan ucapannya tanpa melihat nota sewajarnya mendapat pujian. Kebanyakan artis tampil dengan nota di tangan. Berbeza dengan Esai Moralis yang menyampaikan ucapannya secara bersahaja dan penuh emosi. Saya paling suka persembahan Wyclef Jean. Sebelum ini saya kurang mengenali beliau. Melihatkan persembahan beliau yang bertenaga dan berkarisma tinggi sebagai seorang penghibur hebat, tidak mustahil saya akan menyukai beliau selepas ini. Walaupun lagu-lagu yang beliau nyanyikan adalah lagu-lagu lama serta lagu yang bukan lagu beliau, ia tetap menghiburkan. Antara lagu yang dibawakan oleh mereka ialah Jump Around, No Woman No Cry dan Guantanamera. Gaya beliau menghiburkan penonton amat spontan dan bersahaja. Beliau mengawal penonton dengan hebat dan mampu membuatkan penonton mengikut segala arahannya. Detik paling diingati penonton tentunya sewaktu kemunculan bersama Wyclef Jean dan Lauryn Hill yang terkenal sewaktu mereka ahli kepada kumpulan Fugees dengan membawakan lagu Oh La La La, Ready or Not dan Killing Me Softly. Stadium bergema dengan sorakan penonton serta mendapat reaksi spontan apabila turut menyalakan lampu handphone. Stadium digelapkan dan cahaya dari handphone memberikan efek yang berbeza. Apabila pentas diambil-alih oleh penyanyi dari Hong Kong, persembahan menjadi sedikit hambar. Antara penyanyi dan pelakon yang terlibat ialah Jackie Chan, Nicholas Tse dan Yumiko Chan serta seorang Puan Sri yang berpakaian kebaya batik dalam warna yang menyakitkan mata. Malam untuk menderma RM50,000 secara terbuka. Seterusnya, dua model popular Malaysia iaitu Camelia dan Soong Ai Ling mengambil tempat untuk memperkenalkan Backstreet Boys. Penampilan Camelia yang agak seksi pada malam itu.  Antara lagu yang didendangkan oleh Backstreet Boys ialah Backstreet's Back, I Want It That Way, All I Have To Give, The Call, The One, As Long As You Love Me, More Than That, Shape of My Heart, Beautiful Woman dan Incomplete. Penonton turut dihiburkan dengan sebuah single terbaru yang akan dipasarkan pada bulan Jun akan datang. Persembahan ini mengimbau zaman kegemilangan mereka sebelum diambil alih oleh N’Sync. Ternyata mereka masih mampu menyengat. Nuar hanya mampu melihat rakan-rakannya yang lain menyanyi bersama penonton yang lain. Backstreet Boys bukan zaman Nuar. Ia zaman saya. Untuk pengetahuan semua, senarai lagu diberikan oleh salah seorang fanatik BSB dan bukannya kerana saya salah seorang peminat mereka. Saya suka persembahan mereka dan pernah juga membeli VCD konsert-konsert tour mereka. Yang paling saya suka adalah persembahan tarian mereka. Sungguh menarik dan sama antara mereka. Walaupun koreograf tarian mereka itu merupakan koreograf yang sama sejak sebelas tahun yang dulu, ia tetap menarik. Itu antara keunikan mereka. Bai Ling paling saya ingati pada lakonan beliau dalam filem Anna And The King. Kepalanya dipancung. Malam itu beliau tampil akhir sekali untuk memperkenalkan Black Eyed Peas. Antara personaliti antarabangsa yang membuatkan kemunculan di Konsert Force of Nature ialah Joey Fatone dari kumpulan N’Sync, Ken Watanabe salah seorang pelakon filem The Last Samurai, Datuk Michelle Yeoh pelakon kelahiran Ipoh dan beberapa lagi. Persembahan Black Eyed Peas hanya berkesan pada dua lagu yang terakhir. Beberapa lagu awalnya merupakan lagu yang kurang popular di Malaysia. Stadium mula kosong kerana pagi semakin menjelang. Lagu Let’s Get It Started dan Where Is the Love? berjaya membuatkan penonton bangun dari lena untuk sama-sama mengakhiri konsert hebat pada malam itu. Saya mengambil peluang untuk lena sebentar sewaktu lagu-lagu yang kurang popular di awal persembahan mereka. Kekurangan paling nyata konsert tersebut ialah perubahan pentas yang melibatkan pemuzik apabila setiap artis membawa pemuzik mereka sendiri. Maka pentas dan peralatan muzik perlu diubah agar bersesuaian dengan artis tersebut. Perubahan tersebut mengambil masa yang agak panjang sehingga menimbulkan kebosanan penonton. Kesilapan teknikal pada peralatan muzik persembahan dari Malaysia amat memalukan lebih-lebih lagi ia dilangsungkan di gelanggang sendiri. Ini nyata berbeza dengan peralatan muzik dan pemuzik artis antarabangsa yang agak sempurna. Sebuah konsert antarabangsa yang hebat dan penuh bermakna. Mesej kemanusiaan yang disampaikan melalui ucapan dan lagu mampu menjadikan konsert Force of Nature sebagai antara yang terbaik tahun ini. Rating : B+Foto adalah ihsan: The StarBerita HarianMalay MailLife Thru My Lens
Posted at 05:10 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Si Sepet Yang Tidak Potong
Ulasan TertangguhMinggu lepas merupakan minggu Sepet. Ya, berkali-kali lagi. 3 kali secara tepatnya. Dua kali di TGV KLCC dan kemudian singgah ke GSC Mid Valley. Sekadar untuk bertukar selera layar. Maka tidak dapat tidak beberapa ulasan menjadi tertangguh. Saya telah mendapatkan VCD Sepet. Ada beberapa kejutan yang akan saya tuliskan dalam ulasan saya nanti. Saya masih memikirkan sama ada perlu untuk mengulas Anugerah Seri Angkasa atau pun tidak. Sejak akhir-akhir ini pengulas dan pengkritik sering mendapat perhatian pembikin filem atau pun penerbit rancangan. Maka perang media, selain perang siber dan perang psikologi pun bermula. Sempat juga meluangkan masa menonton teater Salina. Hebat tetapi anti-klimaks ! sayang sekali. Si Sepet Yang Tidak PotongAntara dua tontonan Sepet di TGV KLCC, saya sempat membeli VCD Sepet di situ. Saya pulang dan tonton walaupun baru sahaja selesai menonton wayang. Saya mainkan VCD tersebut. Sampai ke adegan Jason membawa Orked menonton wayang gambar, saya amat terkejut apabila melihat aksi Orked menunggang motosikal dengan dua kakinya di atas riba Jason ada dalam VCD tersebut. Tanpa lengah, saya melajukan perjalanan VCD tersebut ke bahagian gurau senda ibu dan bapa Orked. Adegan tersebut juga ada sepenuhnya tanpa potongan. Saya mengulangnya beberapa kali semata-mata untuk membuktikan apa yang saya sedang lihat bukan sekadar harapan. Anugerah Seri Angkasa : Anugerah Taraf RTMRumah siap, pahat berbunyi. Penat. Bosan. Walau segah mana pun anugerah ini sekiranya masih diselenggarakan bersama RTM, maka aura-aura RTM itu akan tetap kelihatan. Walaupun ia dilangsungkan di Dewan Merdeka, tetapi tetap kelihatan seperti di Auditorium Besar RTM. Sistem bunyi kedengaran kasar di Saluran Perdana, baik sedikit di Saluran 4, Astro Ria. Placard masih diusung untuk memperkenalkan stesen radio dan tv, persis konsert sekolah rendah. Pengacara rancangannya terjerit-jerit memperkenalkan penyampai anugerah seperti mereka berada di dalam konti radio. Persembahan yang hebat hanya dari Azlina Aziz dan Liza Aziz serta lawak jenaka dari Saiful Apek dan Raja Azura. Persembahan Ruffedge masih hambar (walaupun Ruffedge menjemput Opie menyertai persembahan mereka). Keputusan malam itu adalah hak juri. Saya sendiri tidak menonton kesemua rancangan yang dipertandingkan. Anda mengharapkan saya menonton Salam Pantai Timur ? Jauh sekali. Drama yang mendapat pencalonan akhir untuk Drama Terbaik hanya Ustaz Sufi dan Sekeras Kerikil sahaja yang saya tonton. Akademi Fantasia menang dua anugerah iaitu Rekaan Set TV Terbaik dan Aznil Nawawi menggondol Pengacara TV Terbaik. Selain itu, Akademi Fantasia dicalonkan untuk Kostum Terbaik TV dan Penataan Cahaya Penerbitan TV Terbaik. Salina : Deja Vu Lantai T. Pinkie dan Mencari Juita album fotoPada mulanya saya menyangkakan yang Salina sekadar drama kisah silam yang bercerita tentang latar zaman setelah perang. Pada masa itu hidup amat susah. Bertindak di luar kebiasaan, teater ini meneroka kisah hidup orang-orang di sekeliling Salina. Maka sewajarnya watak Salina nampak tidak begitu menonjol. "Aneh sekali, waktu itu, yang dikagumi hanya gerak-geri seorang watak; masyarakat sekitar watak Salina itu sendiri seperti dilupakan." Ujar harapan Pak Samad dalam buku cenderamata. Maka melihat senario tersebut, kumpulan ini telah keluar dari kepompong minda zaman dahulu untuk melihat watak-watak di sekitar Salina. Maka watak seperti Nahidah, Zarina, Hilmy dan Khadijah diberi kekuatan watak serta dapat menonjolkan diri mereka selain watak Salina dan Fakar. Masing-masing punya sebab untuk bertindak di luar batasan normal kehidupan. Kisah hitam dalam hidup masing-masing berpunca dari keinginan untuk meneruskan kehidupan. Zaman itu, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Fikiran saya terimbau kepada Rumah Kedai Jalan Seladang, Mencari Juita, Ronggeng Rokiah dan Lantai T.Pinkie. Empat drama pentas ini punya tema yang sama dalam latar zaman yang sama. Pengaruh-pengaruh drama tersebut turut diselitkan dalam Salina. Saya harus puji rekaan set yang dibuat dengan cukup baik serta mampu membawa mood persekitaran Kampung Kambing. Kekuatan rekaan set yang ada mungkin akan dapat menguatkan lagi nashkah tersebut sekiranya dibantu dengan rekaan tatacahaya yang lebih mantap. Mood pencahayaan tidak banyak membezakaan perbezaan waktu serta menimbulkan suasana persekitaran pada waktu tersebut. Teknik arahan serta olahan skrip telah dibuat dengan baik. Saya paling menyukai teknik awal dan teknik akhir drama tersebut. Sambil Hilmy membaca surat dalam perjalanan di dalam sebuah gerabak keretapi. Hayunan gerabak serta kesan bunyi memberikan kesan yang begitu mendalam. Namun demikian, para pekerja pentas harus tahu disiplin teater. Kerja harus dilakukan dengan cermat dan teliti agar tidak mengganggu persembahan. Pekerja pentas melintas di hadapan pelakon adalah sesuatu yang sukar dimaafkan. Babak akhir sedikit merencatkan perjalanan cerita. Menyanyikan lagu tema seakan-akan menjadi anti-klimaks kepada persembahan tersebut. Mujur ia bukan pertandingan dan hanya sekadar persembahan. Perjalanan akhir Salina membawa begnya berjalan keluar dari pentas mengingatkan saya tentang perjalanan T.Pinkie keluar dari pentas Lantai T.Pinkie. Tidak banyak perbezaan. Saya senang untuk menonton drama masyarakat pada zaman setelah perang untuk kita sama-sama menjelajah permasalahan mereka satu persatu. Salina berbuat baik kepada lelaki bernama Fakar tetapi tidak mendapat balasan yang sewajarnya. Fakar yang tidak mengenal untung tidak mahu berterima kasih atas pengorbanan Salina. Fakar mengambil kesempatan untuk menodai Nahidah. (baca: makan luar). Akhirnya Salina yang keluar dari rumahnya sendiri meninggalkan Fakar.
Posted at 05:09 pm by sultanmuzaffar
Permalink
Akademi Fantasia I Reunion Gathering
Akademi Fantasia I Reunion GatheringDalam debaran menantikan demam Akademi Fantasia III, saya tidak pernah melupakan pelajar perintis Akademi Fantasia I. Kelucuan mereka, kejujuran mereka, tawa riang mereka, tangis mereka, penampilan mereka yang kita lihat saban malam pada bulan Mei hingga Ogos 2003 sehingga kini masih kekal dalam ingatan saya. Masing-masing kini punya haluan sendiri dalam menempuh cabaran menjadi bintang. Pertemuan pertama kali saya dengan Adi, Burn, Atie dan Azza pada malam Konsert 6 merupakan detik perkenalan saya dengan bintang Akademi Fantasia. Konsert 6 juga merupakan konsert keramat yang membuatkan rancangan bakat tv realiti tersebut menjadi fenomena dan terus kekal popular sehingga hari ini. Menjelang demam Akademi Fantasia III, pihak kami amat berbesar hati untuk menganjurkan sebuah acara yang menghimpunkan kembali bintang-bintang yang telah kita cipta pada musim pertama buat julung-julung kalinya.  Akademi Fantasia I Reunion Gathering12 Bintang Akademi Fantasia I termasuk NemoTarikh 20 Mac 2005 (Ahad)Masa 10.00 pagi - 6.00 petangTempat Pandan Safari Lagoon, Pandan Indah, Cheras Harga Dewasa - RM60 (termasuk Entrance Fee, T-shirt, Buffet Luncheon, Games) Kanak-Kanak (12 tahun dan ke bawah) - RM35 (Entrance Fee & Buffet Luncheon) Kanak-Kanak (5 tahun dan ke bawah) – PercumaEtika Pakaian Pakaian “Wet Park” yang bersesuaianPembayaran harus dibuat kepada akaun-akaun berikut. Salinan Deposit Bayaran hendaklah disertakan untuk semakan. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. Pembayaran RHB - 15102100100400 (Sariyah Mohd Sarip) Public Bank - 4415552117 (Shareen Emelia Ramli) Maybank - 162085423707 (Zulkaini Kamarudin) Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah menghubungi AwekGemuk (019-303600 / 012-9344200)Terima kasih di atas sokongan anda ! Untuk mengembalikan ingatan anda kepada bintang Akademi Fantasia I, layari: Retrospective i : Pelancaran EVO 01 02 03Retrospective II : Imbasan Akademi Fantasia NTV7
Posted at 11:51 am by sultanmuzaffar
Permalink
|